mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / KEUSAHAWANAN Q1 2019 (JAN-MAC)

1r
Nama : Ramli bin Zainal
Umur : 54 tahun
Ahli : 2016

 

Latar Belakang

En. Ramli bin Zainal berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia yang kini menetap di Felda Lasah. Beliau sudah berkahwin dan bekerja sendiri. Bagi menambah pendapatan keluarga beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu kuih tiram dan kuih siput.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PIM 

Sebelum penglibatan PIM, beliau hanya menjalankan perniagaan melalui permintaan orang sekeliling. Selain itu, beliau juga menjual produk beliau di tapak-tapak perniagaan seperti di bazar, karnival dan pasar.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PIM

Kini setelah ada penglibatan PIM, beliau mula menggunakan teknologi maklumat dalam perniagaan. Beliau telah mengikuti kelas Facebook Page yang dianjurkan oleh Pusat Internet Malaysia Felda Lasah.

 

En. Ramli berbaju biru.