Belia |
Belia merupakan golongan yang sangat penting dalam memacu pembangunan dan kemajuan negara. Selaras dengan misi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu “Membina Bangsa Malaysia Yang Patriotik dan Bersatu Padu Melalui Program Pembangunan Belia dan Sukan Yang Strategik”, Majlis Belia Felda Lasah sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai program untuk belia di sini. Majlis Belia adalah salah satu persatuan yang bergerak cergas dengan keahlian 150 orang yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Lasah. Kebanyakan belia bekerja sendiri, seperti menjalankan perniagaan runcit, pertanian, penternakan, kraftangan, kedai makanan dan menjadi pendidik di sekolah Felda Lasah. Selain itu, terdapat juga belia di Felda Lasah yang berhijrah untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja. Dalam usaha menjadikan belia Felda Lasah cemerlang dalam segala sektor, kerjasama antara komuniti dan pihak pengurusan felda sangat erat bagi memastikan kejayaan setiap program yang dilaksanakan.
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LASAH
PENGERUSI NOORHADI BIN MOHD SHAHARIM
NAIB PENGERUSI 1 MOHD SHOR BIN WAHI
NAIB PENGERUSI 2 AZIAN BINTI MOHAMED ISA
SETIAUSAHA NOOR AKMAR BIN MAT MOKHTAR
PEN.SETIAUSAHA HAZNIZA BINTI HARON
BENDAHARI AHMAD DAUD BIN SHAHARUDDIN
AHLI JAWATANKUASA HAMZAH BIN MUHD YUSUF KAMARUL NASSERUDDIN BIN MUSA ADIMUS PUTRA BIN YAMIN NORHAZURA BINTI ABU BAKRI ASMAWATI BINTI NGAH MALIK MOHD SHAMSUL KAMAL BIN MOKHTAR MUHD ZULFAYRI BIN NOOR AZAM ISMAIL BIN MAT YASIN KAIHARANI BIN ABDUL WAHAB |